
Forex EA Expert
ProJectGunz
-
Perbezaan Real Forex Trading dan Skim Pelaburan Forex, kenapa masih menjadi mangsa?
-
Ada seorang trader call saya dan ingin join Seminar Forex Beliau tanya saya,” kena trade sendiri ke tuan ?” Saya jawab, “eh tentulah, dah duit sendiri perlu trade sendiri.”
-
Tiba-tiba dia meragui broker forex yang saya perkenalkan kerana perlu trade sendiri dan dia berkata terdapat rakannya ‘join forex’ tetapi bulan-bulan goyang kaki, lepak saja tunggu return masuk bulan-bulan, tak perlu trade sendiri.
-
Saya cakap,”Itu bukan trade forex tu, itu skim tu tuan.” Cerita panjang lagi, tetapi saya tamatkan sehingga perbualan itu dan di sini saya nak ulas lanjut tentang kenapa saya katakan itu bukan real forex trading,sebaliknya skim pelaburan money game yang berselindung di sebalik nama forex.
-
Ok kita mulakan dengan begini. Real forex broker menawarkan platform untuk pelanggan trade forex,maksudnya pelanggan atau trader tersebut perlu trade sendiri, perlu faham apa itu forex trading, belajar buy,sell,ekonomi dan lainnya dan tiada kes di mana forex broker memberi return secara tetap, harian bulanan atau tahunan. Dalam mana-mana bahasa pun broker bermaksud orang tengah. Pelanggan ke broker dan broker hantar order pelanggan ke bank. Real Forex broker ini menyediakan platform dan execute order client ke Bank-bank besar yang memberi Liquidity Provider, transaksi jual beli pelanggan tersebut dan mengambil untung atas “spread” iaitu cas yang dikenakan setiap kali pelanggan masuk order. Pelanggan pula untung atas pair currency yang di jual belinya dan there no such thing as broker trade our money. Jika ada yang cakap, broker akan trade duit kita dan sama-sama untung, dan beri pulangan tetap. Itu ponzi scheme.
-
Tapi ada yang cakap ada “sebuah broker” boleh beri return atas investment seperti 10% atau 20% sebulan, fixed return kepada pelanggan kerana broker tersebut untung banyak, dan boleh pula buat sistem MLM, pairing, dan lain-lain kerana tidak perlu membayar duit kepada Introducing Broker kerana broker tersebut menjadikan semua pelanggannya adalah IB. Bagi saya ini tidak logik kerana sistem forex broker sebenar, IB di bayar hasil daripada transaksi pelanggan, contoh pelanggan masuk order 1 pip bersamaan 10 usd. Broker untung atas spread katakan 2 pip iaitu 20 usd. Broker beri kepada IB hanya 0.5/1 pip dan selebihnya untung broker iaitu 10 usd. Bagaimana pula kita boleh jadi IB dan dapat untung atas untung bulanan investment orang bawah ? Ini adalah mengarut.
-
10% dan 20% sebulan adalah return yang tinggi dan jika betul2 ‘broker’ yang beri itu sah dan real, maka akan berduyun-duyun bank-bank besar, mungkin PNB, kwsp dan lain-lain datang melabur. They cannot guarantee anything.
-
Kebanyakan orang sudah tahu, skim-skim ini bermaharaja lela mengikut zaman dan trend. Pada ketika dahulu, ramai dikejutkan dengan skim Swisscash, kononnya pelaburan minyak, dan apabila emas mula menjadi trend popular, wujud pula pelaburan Emas dan akhirnya lingkup seperti VGMC dan lain-lain. Sekarang pula apabila forex popular, platform digunakan kononnya pelaburan FOREX pula, dan seperti sejarah kita sudah tahu sebelum ini kononnya broker RGCX,GVF dan banyak lagi yang memberi return pulangan tetap setiap bulan juga telah hangus menelan duit-duit para investor apabila sudah cukup ‘haul’ ataupun owner ingin meneruskan program lain, buka moneygame baru ataupun atas alasan sekatan Bank Negara. Sampai bila kita harus terkena ?
-
Apa jadi bila GVF yang rata-rata ramai terkena daripada kalangan kaum cina, dan RGCX yang rata-rata ramai terkena adalah dari kaum Melayu tutup ?Ramai yang akan anggap FOREX NI SCAM. Padahal ini bukan salah forex..dan mereka ini just skim-skim yang berlindung di bawah nama forex. RGCX pun ada mt4. GVF pun ada. VGMC guna platform java. Semua sudah tahu tentang ini hanyalah skim, tapi mungkin kerana kelabu mata tentang duit, duit dilaburkan di sini, personal loan dan lain-lain. Selepas tutup, tanggung bayar personal loan sehingga hari-hari tua. Anda nak bangsa anda terus menerus ditipu ? Taraf ekonomi menjadi rendah ?
-
Ok ramai yang berkata, ” eh tidak, program kami sah kerana berdaftar dengan MT4.” Tergelak saya ! Apa makna berdaftar dengan MT4?Saya tahu yang kamu tidak tahu dan terus ditipu oleh ‘upline’ kamu untuk meyakinkan kamu melabur. MT4 itu bukan sebuah badan regulator untuk daftar dan lesen. Kamu jika nak daftar broker sendiri pun boleh, hanya langgan platform dari Metaquotes iaitu pengeluar MT4 dan beli dari mereka. Dan kamu setup broker dan gunakan forex sebagai platform kononnya broker forex sedangkan di dalamnya penuh pairing dan leveling Multi Level Marketing.
-
Jangan salah faham, saya tak bencikan MLM, MLM bagus jika ada produk dan lain-lain tetapi MLM pelaburan yang menggunakan nama forex amat merisaukan saya. Untuk melihat sebuah broker itu sah atau tidak, ia paling tidak pun perlu berdaftar dengan Lesen Regulator yang kuat dan tidak benarkan moneygame, money laundering dan sebagainya iaitu CySec dari Cyprus, atau FCA dari Government UK, NFA dari USA. Jika badan tersebut kata kami adalah broker sah dari USA. Itu bermaksud mereka perlu berdaftar dengan National Futures Association kerana kesemua company broker forex, atau kewangan yang datang dari US yang sah adalah berdaftar under NFA. Tetapi confirmlah mereka tidak ada lesen-lesen ini kerana mereka hanyalah broker ‘money game’ yang berselindung disebalik nama forex.
-
Dalam forex trading, ada banyak broker, ada STP broker, market maker broker dan bucket shop broker. Dan yang paling tidak boleh tolerate dan selalu membusukkan nama forex trading adalah bucket shop broker. Broker ini menggunakan MT4 dan melanggan data feed dari broker-broker lain dan mengambil untung atas kerugian trader sewenang-wenangnya. Order trader tidak sampai ke bank, hanya berlegar-legar di dalam server mereka. Broker jenis ini juga yang ramai gunakan sebagai modus operandi utk jadikan “broker fixed return”.
-
Saya pasti ramai yang marah saya akan pendedahan ini, tetapi ini ditulis demi kebaikan forex trading arena di Malaysia, agar ramai tidak tertipu dengan skim-skim pelaburan forex dan akhirnya menyalahkan forex sekaligus membantutkan usaha-usaha “pihak-pihak tertentu” untuk meng-legalized-kan forex trading di Malaysia yang kini memang tidak dibenarkan. Tetapi jika semua trader berdiam diri, dengan perkara-perkara begini saya yakin, forex akan mendapat nama buruk dan ‘REAL FOREX TRADER’ yang buat duit dari trading semata-mata pun akan malu mengaku trade forex kerana risau dituduh menjalankan pelaburan dan skim forex.
-
Saya juga terkesan kerana selama ini jika ada orang tanya saya,kerja apa, saya jawab “saya trade forex”, terus akan di pandang dengan pandangan sinis dan mereka anggapkan kita melabur forex dan forex itu sebuah pelaburan bukan trading. Ini amat memberi nama buruk forex, kerana ‘money game’ come and goes, akan still ramai terkena dan yang baru terjebak dalam forex mungkin membenci forex kerana mereka tidak tahu mereka sebenarnya melabur dlm program labu peram dan bukan lah trade forex sebenar..
Hukum Forex
FOREX dan Hukum Islam? Dagangan FOREX adalah halal di sisi Islam asalkan kita mempunyai ilmu dalam urusan dagangan, tidak menimbulkan kemudaratan, transaksi dan urusniaga on the spot (market , stop , limit )dan disertakan juga dengan akad jual beli. HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING: Ada Ijab-Qobul: Ada perjanjian untuk memberi dan menerima (Spreads) Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai. Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan. (Bahasa forex ialah quotes) Pembeli dan penjual mempunyai kebenaran penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)-waras dan tidak mabuk atau dipaksa.
Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli iaitu: 1. Suci barangnya (bukan najis) 2. Dapat dimanfaatkan 3. Dapat diserahterimakanJelas barang dan harganya 4. Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya 5. Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.
Undang-undang Malaysia
FOREX dan undang-undang Malaysia? Akta Tukaran Asing 1953 menyatakan bahawa adalah salah jika individu DIMALAYSIA menjalankan urusniaga tukaran matwang jika bukan dengan institusi yang berdaftar dan mana-mana individu tidak dibenarkan memberikan wang kepada mana-mana individu dan syarikat yang tidak mendapat kebenaran / lesen tukaran asing dari BNM. Mana- mana syarikat/ Individu tidak dibenarkan membuka platform urusniaga tukaran asing di Malaysia tanpa kebenaran BNM.
Pada 24 Mac 2005, BNM telah mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia yang bebas hutang boleh menghantar wang mereka ke luar Negara untuk tujuan pelaburan. Maka kesimpulannya, tidak menjadi kesalahan untuk kita menjalankan urusniaga FOREX menggunakan broker di luar Negara dan yang penting broker yang digunakan adalah broker yang berlesen.
Pada masa yang sama, pedagang akan tertakluk dengan akta tukaran asing di Negara tersebut. Kita tidak boleh memberikan wang kita kepada sesiapapun di Malaysia untuk berdagang bagi pihak kita apatah lagi jika mereka tidak mendapat lesen dari BNM.
Forex Bukan Skim Pelaburan

Konsep EA [Expert Advisor] Diesel
EA adalah robot yang mengantikan kite Trade. EA di set kan dengan teknik manual seperti manusia trade (manual trader). EA juga mampu menguntungkan dan mampu merugikan.. Bergantung pada teknik . Pengunaan EA mesti mengunakan PC or VPS. Pelbagai Kaedah telah ada, ade yang buat Pool Akaun (tidak digalakan) ada yang buat sistem sewa EA (tidak digalakan) dan ade yang Jual beli EA (ini digalakan). trader kena pandai memilih EA yang mane hebat dan yang konsisten profit. EA adalah robot mereka tidak ada emosi macam manusia. Manusia trade dengan emosi. bile trade dengan emosi adalah bahaya. bile floating besar trader akan buat come back yang mereka rasa akan balik modal , mereka entry Lot Gajah kemudian MC. EA telah di set kan nilai Lot kalau 0.01, sampai ke tua 0.01. sekiranye EA mempunyai Compound , EA tersebut akan besarkan saiz Lot. itu pun telah di set oleh Trader. Pengunaan EA bagi memudahkan trader untuk tidak mengadap Platform MT4 PC 24jam. Hari-hari tengok Candle boleh pitam rasanya...
Disini saya Menyediakan EA Diesel yang mengurangkan risiko gagal.. dalam dunia Forex Pasaran bukan kite punye, Market naik turun itu normal. Sekiranya trader berminat boleh berhubung dengan saya.. EA Diesel Seperti video dihadapan.. (HomePage).
-
EA Diesel Percuma!!!
-
EA Diesel Perlu dijalankan di Pair EurUsd M1/M5/M15 (digalakan TimeFrame M15).
-
EA Diesel Mengunakan Modal yang Minimum 10USD/1000cent.
-
EA Diesel Lot 0.01 - 0.05 Sekiranya Modal 10USD/1000cent.
-
EA Diesel Lot 0.10 - 0.50 Sekiranya Modal 100USD/10000cent.
-
EA Diesel Mengunakan teknik Reverse. (upsidedown)
-
EA Diesel Setup Pro Trader [ Sell limit/Buy limit + Sell Stop/Buy Stop]
-
EA Diesel Low Risk 01 / Medium Risk 03 / High Risk 05
Sebarang pertanyaan boleh terus Telegram saya @projectgunz/+60126597160
T.A.Y.O.R : Trade At Your Own Risk
R.Y.L : [ Risk Your Life ]
Apa itu Forex?
Masih ramai yang tak faham apa itu forex..
forex bukan skim cepat kaya ok.. baca nie...
Apa itu forex ?
-
Mungkin anda pernah dengar orang berkata tentang forex itu adalah foreign exchange, tukaran matawang asing dan lain-lain istilah. Saya tak akan ceritakan tentang itu, kerana pada istilah biasa, anda mungkin boleh terus search di wikipedia.
-
Di sini saya akan terangkan tentang, forex trading atau berdagang forex. Info asas apabila orang sebut forex, adalah seperti di bawah. Saya letakkan dalam point form supaya anda tak rasa macam saya sedang baca bedtime stories.
-
Forex – dagangan tukaran matawang asing
-
Tukaran pergi balik dalam forex mencecah sehingga USD 4 Trillion sehari
-
Forex – sama macam saham lebih kurang beli harga rendah, jual harga tinggi – istilah ialah ‘LONG/BUY’
-
‘LONG/BUY’ – buat untung apabila harga bergerak naik
-
Boleh juga jual dahulu pada harga tinggi, beli balik pada harga rendah – istilah ialah ‘SHORT/SELL’
-
‘SHORT/SELL’ – buat untung apabila harga menurun
-
Forex tidak sama seperti saham, forex buka 24 jam sehari, 5 hari seminggu
-
Buka pasaran hari Isnin sekitar 5/6 pagi dan tutup hari Sabtu sekitar jam 5/6 pagi
-
Nak berdagang forex, perlukan broker forex sebagai platform.
-
Berdagang guna platform eletronik dikenali sebagai MT4
-
MT4 ini adalah sebuah software, install dalam komputer, dan dapat lihat turun naik harga, dapat buat order dan analisis
-
Platform pun dah ada dalam smartphones, android,IOS,windows phone dan lain-lain. Mudah janji ada internet.
-
Boleh mula sekitar USD 5 sahaja, lebih kurang RM15 untuk permulaan
-
Ada juga akaun demo, duit virtual untuk kita cuba sehingga 100 ribu US Dollar
-
Berikut adalah sedikit sebanyak info tentang forex secara ringkas dan asas...
-
P/s: Forex boleh buat duit? Jawapannya boleh tapi perlu belajar dan berdagang dengan ilmu.
-
Adakah FOREX satu penipuan? FOREX adalah urusniaga tukaran matawang yang sah dan merupakan entiti kewangan yang terbesar di dunia. Mungkin ramai yang menganggap FOREX adalah satu penipuan kerana mereka mengalami kerugian dalam dagangan FOREX kerana berdagang tanpa ilmu dan tanpa bimbingan dari orang yang lebih pakar. Ramai juga yang terjebak dengan skim-skim pelaburan yang menawarkan servis pelaburan forex dengan pulangan yang lumayan seperti HYIP, SwissCash dan banyak lagi. Walaupun penganjur-penganjur ini mendapat keuntungan dari dagangan FOREX mereka tidak mahu berkongsi keuntungan yang diperolehi lalu mereka melarikan diri. Anda perlu tahu bahawa diMalaysia modus operandi seperti menawarkan peluang pelaburan FOREX menggunakan akaun dagangan penganjur adalah salah disisi undang-undang dan memberikan wang kepada individu lain untuk berdagang bagi pihak anda menggunakan akaun mereka juga salah. Tindakan ini adalah salah merujuk kepada Akta Tukaran Asing 1953.
EA, Indicator dan E-Book
Percuma!!! Bahasa Malaysia
Trend and Reversal + Support and Resistance
